
SANGGUPKAH KITA
BIARKAN MASJID HAJI OSMAN TERUS TERBENGKALAI?
Tuan/Puan tanpa Tuan/Puan Masjid
ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.
Tanpa Tuan/Puan juga para Jemaah terpaksa
menunaikan solat dalam keadaan serba kekurangan dan kepanasan.
Tanpa Tuan/Puan juga para ahli Jemaah tidak dapat mendengar kuliah dan melakukan aktiviti dengan sempurna.
MASJID INI SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA TUAN/PUAN
Masjid Haji Osman Al Falah yang terletak di Kampung Kulim, Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan masih lagi menantikan
dana bagi menyempurnakan pembinaan dalam projek menaiktaraf dan pembesaran
masjid. Tanpa sumbangan anda, projek menaiktaraf Masjid ini kemungkinan besar
akan terbengkalai tanpa dana yang mencukupi.
KENAPA MASJID HAJI OSMAN INI PERLU DIBESARKAN?
Kerana saiz asal masjid ini tidak mampu untuk menampung Jemaah yang datang untuk bersolat Jemaah,melakukan aktiviti pembinaan kerohanian dan kuliah agama sehinggakan terpaksa duduk dalam keadaan berhimpit dan tidak selesa.
DENGAN DANA
YANG ANDA SUMBANGKAN INILAH YANG AKAN KAMI LAKSANAKAN:
Insya Allah, dengan terkumpulnya dana ini kami akan menaiktaraf dan memperbesarkan lagi Masjid Haji Osman ini, antaranya ialah :
· Menaiktaraf
Bangunan Dua Tingkat
· Dewan
Kuliah
· Pejabat
· Pusat
Sumber
· Bilik Air
TIDAK BERKURANG HARTA KERANA BERSEDEKAH
(HR Muslim 2588)
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini: ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)
SURAT SOKONGAN DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK)
